HARI KEDUA

2 Mac 2013 : Padang SMK Tunku Abdul Rahman Putra


Mengesahkan keputusan kejohanan
Ketua bahagian statistik, Azlan Aris menerangkan sesuatu kepada jawatankuasa penyampaian hadiah. Manakala pengerusi teknik MSSJ, Mohd Sean Rebo memerhatikan dan selepas itu mengesahkan keputusan kejohanan sebelum diumumkan oleh pengacara dalam majlis penyampaian hadiah.

Johor Bahru memperolehi 3 pingat emas hari ini, melalui atlit memanah lelaki 18 , perempuan 15 dan 12 tahun. Mereka ialah Muhd Arif Muhd Busheri, Nur 'Afifah Mohd Sean dan  Nursofie Batrisya Sanip.

Manakala Caryn Sim Zia Ling dan Ludwiq Chew, atlit memanah Pasir Gudang pula memperolehi pingat emas di bawah kategori perempuan 18 dan lelaki 15 tahun.

Daerah Mersing, tidak kurang hebatnya apabila atlit memanahnya iaitu Siti Aisyah Rothmans berjaya memperolehi pingat perak di  bawah kategori perempuan 18, dan dua atlitnya yang lain, Nur Syaza Athirah Abd Shukor dan Muhammad Rafiuddin Mohd Azmi mendapat tempat ketiga.

Keputusan rasmi kejohanan memanah :-

Keputusan hari kedua : Sesi 3
Keputusan hari kedua ; Sesi 4



No comments:

Post a Comment