2 Mac 2013 : Padang SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya
Pengerusi Teknik Memanah MSSJ, Mohd Sean Rebo antara penjaga yang gembira di atas pencapaian kedua orang anaknya dalam kejohanan peringkat negeri Johor kali ini. Nur 'Afifah Mohd Sean, P15 berjaya memperolehi 244 mata pada jarak 50 meter mendapat tempat pertama manakala Nur 'Adibah Mohd Sean, P18 mengumpul 228 mata, jarak 60 meter mendapat tempat keempat.
Dua orang atlik memanah Johor Bahru yang mengukir nama sebaris dengan Nur 'Afifah ialah Nursofie Batrisya Sanip dan Muhd Arif Muhd Busheri berjaya mendapat tempat pertama di bawah kategori perempuan 12 dan 18 tahun masing-masing.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Elanggovan a/l Savarimuthu. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penyelia Sukan, PPD Kulaijaya Abdull Talib Daud, Pengerusi Teknik MSSJ, Mohd Sean Rebo, penolong kanan sekolah menengah dan rendah daerah Kulaijaya.
Penyampaian hadiah |

No comments:
Post a Comment