Sunday, March 3, 2013

JOHOR BAHRU MUNCUL JUARA KEJOHANAN MEMANAH MSS JOHOR 2013

3 Mac 2013; SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya 

Skuad memanah Johor Bahru
KULAIJAYA, 3 Mac - Skuad Memanah Johor Bahru muncul juara Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ) 2013 yang telah berlangsung selama tiga hari bertempat di Padang SMK Tunku Abdul Rahman Putra. Kulaijaya.

Skuad memanah Johor Bahru meraih 9 pingat emas, 15 perak, 9 gangsa dengan pungutan 471 mata berbanding Kulaijaya dan Mersing, tempat kedua dan ketiga yang memperolehi 6 emas, 3 perak, 2 gangsa dan 2 emas 9 perak dan 8 gangsa.

Pungutan 9 pingat emas dan 1 gangsa yang diraih oleh skuad memanah Pasir Gudang dengan pungutan 334 mata hanya berjaya mendapat tempat keempat pada kejohanan kali ini.


Imran Danial Mohd Hafiz, Kategori L12,
Atlit berbakat dari Kulaijaya
Foto: Taufieq Aluddin

Imran Danial, Mohd Hafiz, skuad memanah Kulaijaya
memperolehi 3 pingat Emas 1 gangsa
Acara- 20m (E), 25m (E), 40m (E) dan 30m (ke-3),  


Mohd Wafiq Romayli, Kulaijaya
Foto: Mohd Hanif Abu Hassan
Atlit kecil dan berbakat dari skuad memanah Kulaijaya, Imran Danial Mohd Hafiz dan Mohd Wafiq Romayli, juara dan naib juara kategori lelaki 12 tahun, mengalahkan Muhammad Sobri dari Johor Bahru dan Amir Nazree Zulkaply, Segamat dengan pungutan mata 950 dan 934.


Ludwiq Chew L15, 4 emas- 60m,50m,40m dan 30m
Skuad Memanah Pasir Gudang
Kategori, lelaki 15 tahun, Ludwiq Chew, Pasir Gudang muncul atlit terbaik mengalahkan Goh Jin Yu dari Johor Bahru, Mohamad Rafiq Mohd Azmi, Mersing dan Muhammad Hariz Ayub dengan pungutan 1084 mata.
Muhamad Arif Muhd Busheri L18,
3 emas- 70m,50m,30m dan 1 perak- 90m
Skuad Memanah Johor Bahru
Manakala di bawah kategori lelaki 18 tahun, Muhamad Arif Muhd Busheri, Johor Bahru  berjaya meraih 1016 mata berbanding Mohammad Rafiuddin Mohd Azmi, 975 dari Mersing,   Mohd Haziq Harith Fansuri, 904 dari Johor Bahru dan Yap Shou Xuan, 853 dari Pasir Gudang.
Caryn Sim Zia Ling , P18, 4 emas- 70m,60m,50m dan 30m
Skuad Memanah Pasir Gudang
Atlit memanah terbaik dari Pasir Gudang, Caryn Sim Zia Ling memungut mata tertinggi,1179 manakala Azrabusra Itqan Anuar, 821 dan Nursofie Batrisya Sanip, 931 kedua-duanya dari  Johor Bahru, masing-masing menjadi juara kategori perempuan 18, 15 dan 12 tahun.

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (PPD), Elanggovan a/l Savarimuthu, wakil rasmi PPD Kulaijaya telah menutup rasmi buat kali pertama penganjuran Kejohanan Memanah MSS Johor 2013, oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya dan seterusnya menyampaikan  hadiah dan sijil kepada para pemenang.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ), Ja'afar Johari, Penolong Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Faizal Sarman dan Penyelia Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS), Fauzi Yusak.

FENOMENA MATAHARI - AURORA
kelihatan di SMK Bandar Tenggara