3 Mac 2013; SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya
KULAIJAYA, 3 Mac - Skuad Memanah Johor Bahru muncul juara Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ) 2013 yang telah berlangsung selama tiga hari bertempat di Padang SMK Tunku Abdul Rahman Putra. Kulaijaya.
Skuad memanah Johor Bahru meraih 9 pingat emas, 15 perak, 9 gangsa dengan pungutan 471 mata berbanding Kulaijaya dan Mersing, tempat kedua dan ketiga yang memperolehi 6 emas, 3 perak, 2 gangsa dan 2 emas 9 perak dan 8 gangsa.
Pungutan 9 pingat emas dan 1 gangsa yang diraih oleh skuad memanah Pasir Gudang dengan pungutan 334 mata hanya berjaya mendapat tempat keempat pada kejohanan kali ini.
Atlit kecil dan berbakat dari skuad memanah Kulaijaya, Imran Danial Mohd Hafiz dan Mohd Wafiq Romayli, juara dan naib juara kategori lelaki 12 tahun, mengalahkan Muhammad Sobri dari Johor Bahru dan Amir Nazree Zulkaply, Segamat dengan pungutan mata 950 dan 934.
Kategori, lelaki 15 tahun, Ludwiq Chew, Pasir Gudang muncul atlit terbaik mengalahkan Goh Jin Yu dari Johor Bahru, Mohamad Rafiq Mohd Azmi, Mersing dan Muhammad Hariz Ayub dengan pungutan 1084 mata.
Manakala di bawah kategori lelaki 18 tahun, Muhamad Arif Muhd Busheri, Johor Bahru berjaya meraih 1016 mata berbanding Mohammad Rafiuddin Mohd Azmi, 975 dari Mersing, Mohd Haziq Harith Fansuri, 904 dari Johor Bahru dan Yap Shou Xuan, 853 dari Pasir Gudang.
Atlit memanah terbaik dari Pasir Gudang, Caryn Sim Zia Ling memungut mata tertinggi,1179 manakala Azrabusra Itqan Anuar, 821 dan Nursofie Batrisya Sanip, 931 kedua-duanya dari Johor Bahru, masing-masing menjadi juara kategori perempuan 18, 15 dan 12 tahun.
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (PPD), Elanggovan a/l Savarimuthu, wakil rasmi PPD Kulaijaya telah menutup rasmi buat kali pertama penganjuran Kejohanan Memanah MSS Johor 2013, oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya dan seterusnya menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pemenang.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ), Ja'afar Johari, Penolong Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Faizal Sarman dan Penyelia Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS), Fauzi Yusak.
FENOMENA MATAHARI - AURORA
kelihatan di SMK Bandar Tenggara
Skuad memanah Johor Bahru |
Skuad memanah Johor Bahru meraih 9 pingat emas, 15 perak, 9 gangsa dengan pungutan 471 mata berbanding Kulaijaya dan Mersing, tempat kedua dan ketiga yang memperolehi 6 emas, 3 perak, 2 gangsa dan 2 emas 9 perak dan 8 gangsa.
Pungutan 9 pingat emas dan 1 gangsa yang diraih oleh skuad memanah Pasir Gudang dengan pungutan 334 mata hanya berjaya mendapat tempat keempat pada kejohanan kali ini.
Imran Danial Mohd Hafiz, Kategori L12, Atlit berbakat dari Kulaijaya Foto: Taufieq Aluddin |
Imran Danial, Mohd Hafiz, skuad memanah Kulaijaya memperolehi 3 pingat Emas 1 gangsa Acara- 20m (E), 25m (E), 40m (E) dan 30m (ke-3), |
Mohd Wafiq Romayli, Kulaijaya Foto: Mohd Hanif Abu Hassan |
Ludwiq Chew L15, 4 emas- 60m,50m,40m dan 30m Skuad Memanah Pasir Gudang |
Muhamad Arif Muhd Busheri L18, 3 emas- 70m,50m,30m dan 1 perak- 90m Skuad Memanah Johor Bahru |
Caryn Sim Zia Ling , P18, 4 emas- 70m,60m,50m dan 30m Skuad Memanah Pasir Gudang |
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (PPD), Elanggovan a/l Savarimuthu, wakil rasmi PPD Kulaijaya telah menutup rasmi buat kali pertama penganjuran Kejohanan Memanah MSS Johor 2013, oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya dan seterusnya menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pemenang.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ), Ja'afar Johari, Penolong Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Faizal Sarman dan Penyelia Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS), Fauzi Yusak.
FENOMENA MATAHARI - AURORA
kelihatan di SMK Bandar Tenggara
excuse me, My name is Caryn Sim Zia Ling.
ReplyDeleteNot Caryn Zim Zia Ling.
Please do correction thx